Makan Gaji Buta

Friday, March 25, 2011

Sepanjang 27 tahun hidup aku, macam-macam jenis manusia aku dah ketemu. Yang baik, yang teruk, yang tak berapa teruk tapi ada baik sikit, yang annoying, yang ignorance, macam-macamlah. Tapi dalam entry ni, aku nak emphasize pada manusia yang suka makan gaji buta.

Makan gaji buta, maksudnya dapat gaji tanpa melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya. Lebih kurang macam tu la maksudnya. Aku dah jumpa ramai manusia yang bersifat begini. Paling ketara, di tempat aku belajar sekarang. Ada la beberapa manusia yang hari-hari makan gaji buta.

Mereka ini sepatutnya masuk kerja pukul 8 pagi, dan sepatutnya habis waktu kerja pada pukul 5 petang. Tapi malangnya, mereka datang pukul 9 atau 10 atau 11 pagi, dan adakalanya selepas waktu lunch. Jadi, tiap-tiap pagi, student yang nak buat kerja kena bukakan lab kalau nak guna. Kalau weekend, memang la student kena buka sendiri. Tapi ini hari bekerja.

Mereka yang selalu makan gaji buta ini adalah yang paling suka membodek orang atas. Dalam bahasa inggerisnya, ASS KISSER. Huiihhhh...kalau diorang membodek, orang atas kentut bau telur tembelang pun diorang sanggup cium la! Lagi malang, orang atas memang tahu mengenai perkara ini, tapi mereka hanya tutup mata. Maknanya mereka bersubahat sekali dengan perangai tak guna ini.

Bila student komplen, dan perkara ini dibawa ke meeting bersama ketua jabatan, tahu pula mereka call student dan suruh student komplen pada mereka sendiri. Tak perlu dibawa perkara ini ke atas. Tapi selepas meeting, mereka masih tidak berubah. Masih datang lewat, masih pemalas. Jadi, kalau dah kena tegur depan ketua jabatan pun mereka masih tidak berubah, apa gunanya student komplen pada mereka? Memang tiada kesan lansung la.

Orang-orang yang suka makan gaji buta ni tak fikirkah walaupun mereka boleh membodek orang atas, adakah mereka boleh lepas daripada hukuman Allah? Allah Maha Melihat apa yang kamu lakukan. Allah Maha Mengetahui kejujuran kamu. Kesimpulan di sini, orang yang suka makan gaji buta adalah orang yang tidak takutkan Allah. Jika mereka takutkan Allah, mereka akan bekerja dengan jujur.

Tidakkah mereka terfikir akan status gaji/pendapatan mereka? Lupakan orang bukan Islam, kerana mereka adakalanya lebih jujur daripada kita yang beragama Islam. Kita yang Islam ini, bertuhankan Allah SWT. Kita sepatutnya malu kepada Allah, kerana Dia sudah memberi rezeki pada kita, tapi kita sendiri yang menjadikan rezeki itu tidak halal. Hanya kerana mengikut hasutan iblis dan syaitan untuk menjadi pemalas.

Pendapatan yang kita dapat hasil daripada sikap pemalas dan tidak jujur kita, kita gunakan untuk diri sendiri dan keluarga. Mana yang sudah berkahwin dan beranak-pinak, menggunakan pendapatan itu untuk memberi makan pada anak-anak. Pendapatan yang tidak halal itu, semua orang tahu akan menghasilkan keluarga yang kurang elok. Jangan salahkan anak-anak jika mereka membesar dengan sikap degil, memberontak, jahat, dan sebagainya. Sila pandang kembali pada pendapatan kita, bagaimana cara kita mendapatnya.

Wahai saudara-saudara Islamku, ingatlah bahawa hidup kita di dunia ini tujuannya untuk beribadat kepada Allah SWT dan mencari keredaan-Nya. Dengan sikap menipu, pemalas dan makan gaji buta ini, adakah Allah redha? Allah Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Dia memberi rezeki kepada semua hamba-Nya di muka bumi ini, tak kira agama dan bangsa, namun sifat Maha Mengasihani itu hanya untuk hamba-Nya yang terpilih. Jika kita mahu menjadi yang terpilih, mulailah berubah dari sekarang.

Amalkan 4 perkara yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW ini: AMANAH, SIDDIQ, TABLIGH, FATANAH. Google sendiri maksudnya, supaya kamu belajar lebih mendalam.

0 comments: