The final day of 2010

Friday, December 31, 2010

Today is the final day of 2010. What am I going to do? Nothing, I guess. I thought I can do something in the lab, unfortunately the culture has no growth.

What have I accomplished in 2010? Well, not many, my research is still on-going, I haven't found my 'other half' yet, I did not get any job yet, I don't have income since October, and I haven't started my thesis yet.

A few sweet memories, I went to Medan, Indonesia with my family in June, and just a few weeks ago, I went to Jakarta and Bandung with my family too. And owh, I found many old friends (high schools and primary schools) in Facebook. Some of us went to Genting Highlands for vacation.

What else? Owh, I went to Ubonratchathani, Thailand with a few colleagues for a scientific conference. It was fun, travelling to a place that we never dreamt to go before.

Hurm...my new year resolution? Too many. For sure, I want to finish my Master's degree as soon as possible and get a new job with new environment, new people and new experience. Other than that, I better to keep it to myself. Let Allah decides everything for me. I just want to make a lot of efforts and pray to Allah SWT.

So, Happy New Year 2011 to all readers. Thank you for reading my blog, whether the entry was interesting or not. I hope I can write more interesting entries after this. Hehe.


(^_^)V


Pabila sudah tiba masanya...

Sunday, December 5, 2010

Ramai betul orang sekeliling saya dah berkahwin dan bertunang. Status berubah dengan pantas. Terbaru, Faridah pulak yang bertunang. Congratulations, Far. I am soooo proud of you. Senyap-senyap je bertunang, tapi bagus la macam tu, bila benda dah settle baru bagitahu orang. Kan?

Next next week pulak my ex-roommate's turn. Her name is Aimi Syafaf. Dia buat private wedding tapi saya sangat sedih tak dapat attend wedding reception dia nanti, sebab saya akan berada di luar negara. Huuu...sorry Amy, but then we will meet one day, sebelum kte pindah ke mana-mana.

Pulang daripada luar negara, saya ada kenduri kesyukuran pulak. Buat di Ipoh, kenduri sempena ulangtahun perkahwinan ibu dan bapa saya yang ke-50. Wahhh...sudah separuh abad mereka bersama, contoh terbaik untuk kami adik-beradik dan untuk semua orang la.

Sehari selepas kenduri kesyukuran tu pulak, saya kena bergegas pulang ke KL sebab my best friend, Nuradzrina pulak nak menikah. Kena attend majlis pernikahan dia, sebab nak tolong bawak hantaran. Esoknya pulak, wedding reception dia. Wajib attend sebab jadi salah seorang orang penting. Baju dah tempah semua, tinggal nak jalankan tugas saja. Hehe.

You see, banyak betul special event berlaku. Saya sangat happy untuk semua kawan-kawan saya. Jaga rumahtangga elok-elok ye. Kalau ada salah faham, jangan la terlalu emosional, cuba selesaikan dengan perbincangan yang matang. Bak kata pepatah 'ikut hati mati, ikut rasa binasa'. Jangan terlalu mengikut perasaan. Kelak merana dan rugi.

Ehhh...saya pulak berlebih-lebih nak nasihat orang. Saya pulak bila lagi??? Wallahualam...ada perkara lain yang perlu diselesaikan dulu. Saya ikut apa Allah kata, saya tak ikut apa orang cakap. Orang yang bercakap, bukan mereka yang tentukan qada' dan qadar saya.

Kerja keras menampakkan hasil...

Thursday, December 2, 2010

Selama beberapa bulan kebelakangan ni, saya bekerja keras untuk siapkan research saya. Tak cukup tidur, makan tak ikut time, penyakit datang dan pergi, muka naik jerawat, berat badan pun naik (?), kerja waktu cuti umum, macam-macam lagi. Banyak sungguh perkara yang terpaksa dikorbankan.

Walaupun terjadi beberapa perkara yang mendukacitakan sepanjang tahun ini, semua itu tidak dapat mengatasi kepentingan untuk menghabiskan research ni (amende la yang aku taip ni...aku sindri pun tak faham). Saya menangis paling teruk sewaktu nak menghabiskan research ni. Menangis depan Allah la. Rasanya masa putus cinta dulu pun saya tak menangis seteruk ini.

Saya hilang kawan beberapa bulan lepas, tapi semua itu tidak penting berbanding research ini. Dia hendak pergi, pergilah! Saya tidak rugi apa-apa. Tapi kalau saya tidak berjaya menghabiskan research ini, saya rugi masa dan duit. Seriously! Priority sekarang adalah pada diri saya sendiri, education saya, masa depan saya.

Setakat ini hanya tinggal 15% sahaja lagi kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Saya sedang berfikir untuk mengaturkan kerja-kerja ni dengan sebaik mungkin supaya tiada gangguan dan masalah berlaku lagi. Ada 13 hari sahaja untuk selesaikan semuanya sebelum saya bercuti panjang dan mula menghabiskan saki-baki thesis.


"Ya Allah, hamba-Mu yang kerdil lagi hina ini memohon pertolongan-Mu. Permudahkanlah dan lancarkanlah perjalanan kerja-kerjaku, bantulah hamba-Mu ini, Ya Aziz, Ya Rabbi...Amin..."