Monday, July 6, 2009

Jom ramai-ramai pakai inai!

Sabtu lepas, aku dan 2 housemates, O dan A, pegi Berjaya Times Square (BTS). Asalnya O nak keluar ngan kawan dia, tapi aku dan A menyibuk nak join. Keluar dari rumah pukul 10am, naik LRT dan monorel ke Bukit Bintang.

Kawan O, named as H, dah sampai awal-awal kat BTS. Dia queue siap-siap kat GSC untuk beli tiket Ice Age 3. Bila kitorang sampai, dia still beratur jugak. Haa...tiket Transformers 3 kat sini banyak giler available. Taktau la kot orang dah ramai-ramai tengok masa first week dulu.

Lepas beli tiket, jalan punya jalan, terserempak ngan 1 meja kakak India ni. Dia buat servis inai corak-corak. Ada yang RM5, ada yang RM10. Aku memang interested, terus duduk kat meja dia, and buat yang RM5 punya.

Proses melukis inai...

A dan O pun nak buat jugak. RM5 jugak la. Saja nak tengok hasil inai tu nanti. Alaa, inai apa salahnya. Bukannya buat tattoo kan?

After that pegi pusing sana sini dalam BTS. Frankly, aku serius RIMAS giler dengan suasana kat situ sebab terlalu BANYAK budak-budak tak cukup umur merayap. Dah la kecik-kecik belaka (ok, aku tau aku tinggi dan besar), but then aku tetap runsing. Macam ada rombongan 100 batalion budak-budak sekolah turun ke BTS. What the %&^*!

Then tengok la citer Ice Age 3. Ok, this story is recommended. Quite funny and no boring part. In my point of view aje la. I don't know la about other's opinions kan. For me, sapa tak tengok memang rugi la.



After tengok Ice Age 3, makan kat food court BTS. Aku beli fish fillet and chips kat gerai kebab. The price was RM8.10 (including tax), and aku dapat fish fillet besarnya lebih kecil daripada tapak tangan aku, fries yang tak berapa banyak dan semangkuk sup (I still wonder what is the purpose of that soup).

Solat pulak kat musolla BTS. Aduhai...aku solat tu sebab nak cukupkan syarat je. Nak khusyuk memang takde arr. Punya la sesak macam sardin dalam tin, dengan tempat amik wuduknya punya la bertakung. Apa kes la BTS ni. Tau la non-muslim yang buat, tapi consider la skit. Bangunan 10 tingkat, musolla besar musolla kat sebelah lab aku ni je. Ceh!

Petang tu A dan aku balik awal. Aku dah tak tahan dengan kerimasan dalam BTS. Serius rimas giler. Budak-budak sekolah, tolong la belajar rajin-rajin. Jangan la merayap banyak sangat. Korang tu kecik lagi. Oh ya, inai aku tu kering masa tengok Ice Age 3. Aku buang saki-baki inai dan hasilnya...

Tadaaaa...corak inai tu. It covers the visible veins on my hand. Is it vein or artery? I forgot.


So, after this, aku nak buat lagi inai sampai ke siku pulak. Boleh takkkk? (^_^)V

11 comments:

Pumpkin Peroz said...

lawa tu inai...
oh ice age...
aku nk tgk...
uwaaaaaaa...
meh cni teman aku..

KNOWLEE said...

Pumpkin Peroz,
- Ko kan dah ada peneman...ajak la dia...ngehehehehe...

FaZiLa said...

aritu kwn aku da buk ice age kol 1130am kt midvali.tp sbb aku n dia syg tido lg, kami kancel ajek..lgpon aku tak pcaya ngn diri aku leh ke pi mnonton wayang.nnt bazer duit,sure aku tido.lalala..

tp ptg tu,kami klua gk.jln2 kt midvali tuh.ramai giler mnusia.adehh.. last2 pi melepak luah prasaan kt food court. besstttt dan 'kantoi' ngn schoolmate aku.lalalala

nway,comeii inai mu tuh :)

Muaz Hadi said...

guLp!

KNOWLEE said...

FaZiLa,
- Mu nih. Kalo rasa tak mampu nak menahan mata masa tgk wayang, my pasang kayu kat mata. Hahaha. Ok, aku confuse maksud 'kantoi'. =p


Muaz Hadi,
- What?

Muaz Hadi said...

terpegun dengan kesanggupan dan keinginan korg memakai inai itu yg sinonim dgn kaum2 india. auummm!

KNOWLEE said...

Muaz Hadi,
- Sila buka minda luas sikit.

FaZiLa said...

kantoi di atas bermaksud aksi spontan dan mesra anda bersama sorg 'rakan' disalah tafsir oleh seorg rakan lagik.. ahaaa... :)

kami jnji bertiga, tp last2 aku ngn dia jek..adehh..

-tak fhm lg, tkpela, tak msuk exam.hehe-

KNOWLEE said...

FaZiLa,
- Ok, dah faham. Aku dah agak camtu, cuma nak kepastian lagi. Haha.

Amirah Razak said...

ish...siyes cantekk...try la buat smpi lengan plak..tgn akak pjg ape..:P

KNOWLEE said...

Amirah Razak,
- Tu la, nnt cadang nak buat sampai siku plak. Tp taktau kat mana ada tmpt yg murah2.

Template by:
Free Blog Templates