Apa itu Leptospirosis?

Friday, May 22, 2009

Pernah dengar pasal leptospirosis? Sekarang ni heboh kat TV pasal macam-macam wabak dan penyakit, dan leptospirosis adalah salah satu daripadanya. Oleh itu, saya nak kongsi serba sedikit informasi pasal penyakit ni, yang saya dapat dari satu e-mail. Informasi ini sangat penting sebab persekitaran kita sentiasa menyebabkan kita terdedah kepada penyakit sebegini.


PENGENALAN
Leptospirosis adalah satu penyakit yang jarang berlaku. Satu penyakit yang teruk/tenat dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies bakteria dari keturunan Leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).



Faktor risiko termasuklah:
  1. Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas - Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah, dan anggota tentera.
  2. Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
  3. Terdedah kepada peralatan di rumah yg kotor termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air, dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

TANDA DAN GEJALA

Gejala:
  1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
  2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih 70% hingga 100% pesakit.
  3. Batuk tidak berkahak (25% - 35% kes).
  4. Loya, muntah dan cirit-birit (50% kes). Sakit sendi, tulang, tekak dan perut adalah gejala yang kurang berlaku.
  5. Radang selaput mata.
  6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru-paru atau ruam.

Tanda dan ujian makmal:
  1. Ujian sel darah putih (white blood cell).
  2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
  3. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
  4. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).
  5. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field (dark field microscopy), silver stained atau fluorescent microscopy.
  6. Tidak seperti Treponema pallidum, Leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.
  7. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.
  8. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit dan kekal hingga 30 hari.

KOMPLIKASI

Prognosis:
Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

Komplikasi:
  1. Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
  2. Jangkitan kuman di otak (meningitis).
  3. Pendarahan yang teruk.
  4. Respiratory distress.
  5. Kegagalan fungsi hati.
  6. Kegagalan fungsi buah pinggang.

RAWATAN:
Ubatan cephalosporin, penicillin, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.


PENCEGAHAN:

Elakkan mengunjungi yang ada air bertakung/air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.

11 comments:

As said...

thanks for the info akak!

tusky said...

owh..

KNOWLEE said...

~ As & tusky,
You're welcome. =D

Master J said...

i dh jd kwn baik dgn lepto ni..tiap ari jmp kt IMR time buat praktikal ni..i nk buat monoclonal antibody 4 lepto..10weeks working with lepto =)

KNOWLEE said...

~ Master J,
Wah, nak buat monoclonal antibody ek? Bagus nyeee. Best tau buat tu. It's good for your experience. Bukan senang nak dpt experience buat monoclonal antibody. Mana tau boleh guna utk FYP nnt. =D

Master J said...

2 lah..dh lah FYP topic "dynamics of antibody production" =)

KNOWLEE said...

~ Master J,
Haaa...tu dah advantage la tu. Good information, can be added into your dissertation.

alea said...

thanks kerana bagi info ini. Doktor pun tak sedetail awk.

KNOWLEE said...

alea,
- No problem. Sharing is caring, kata orang. =)

Arthur said...

Akak, leptospirosis disease can be more complicated if I use a Viagra Online Prescription ?

KNOWLEE said...

Arthur,
- That one, you need to ask qualified doctor. I'm not a doctor, just wanna share some info I know. =)